Saya ditag oleh senior sekolah saya, Jaja! Survey ni kena jawab dalam bahasa Melayu.7 fakta tentang saya
- Sarapan yang menggoda bagi saya adalah dua telur separuh masak, roti telur bawang dan milo ais tabur. Roti telur bawang boleh ditukar dengan roti sardin, kalau saya tiba-tiba takut overdose had telur yang boleh dibaham dalam sehari (iaitu dua).
- Tarantula adalah binatang yang membencikan. Ini termasuklah dengan geng-gengnya yang lain, macam black widow, fish spider dan lain-lain yang saya rasa gerun. Labah-labah biasa tu OKla kot. Tapi senang cerita saya memang benci ah labah-labah. Kalau dibagi pilihan labah-labah dengan lipan, dua-dua saya tak pilih. Kesimpulannya, saya benci lipan jugak.
- Memandu dengan slow memang comel, tapi saya pantang betul dengan orang-orang yang macam ni drive dekat fast lane, lagi-lagi kalau saya nak cepat. Rasanya saya bawak kereta masih lagi sopan-santun, cuma kadang-kadang tak sabar. Biasalah, orang muda (quote: Atuk)
- Saya tak pernah naik bas RapidKL.
- Tapi saya sangat cepat ingat jalan dan OK dengan direction. Mungkin sebab saya suka baca peta dengan merayau-rayau dalam Google Earth. Tapi tak tau la kan.
- Ikan favourite saya yang terbaru adalah ikan keli. Saya ingat saya alah dekat ikan keli, rupanya tak. Ape lagi! Tapi Shah Alam agak huru-hara sebab tak ada tempat ikan keli yang best (bukan memancing). Perak gak terbaik (kalau ikan keli jelah)
- Dalam wallet saya ada lagi banyak resit daripada duit. (Maaf, gadis-gadis)
- Terkantoi buat benda-benda yang pelik. Ini mungkin sebab sifat saya yang pemalu.
- Jatuh tergolek di depan crowd yang memang kenal saya. Ini amat dahsyat dan perlu saya takuti. Namun zip terbuka adalah lebih ganas ketakutannya.
- Terlibat dalam kemalangan maut.
- Camera DSLR saya terhempas ke lantai. Lens kamera saya pula retak, lepas tu boleh pulak ada serpih-serpih kaca yang jatuh. Tak payahlah nak diterangkan betapa angkernya situasi ini kalau betul-betul jadi. (Saya selalu terbayang-bayangkan benda ni betul-betul jadi, lepas tu saya takut sorang-sorang)
- Hantu dan kegelapan. Walaupun tak pernah jadi apa-apa kes, sifat saya ni memang dah banyak menyusahkan member-member saya, malah diorang pulak yang kena kacau. Kehkehkeh.. kelakar, kelakar.
- Tempat (yang betul-betul) tinggi yang boleh membuat saya berpeluang untuk jatuh. Sifat gayat saya agak selektif.
- Golongan anorexic. Diorang ni buat saya rasa saya makin menggemuk.
- John Mayer - Say (ketagih, lama-lama nanti bosan ah)
- The Strokes - You Only Live Once
- Jason Mraz - I'm Yours (versi rekod balik 2008)
- The Strokes - Someday
- Butterfingers - 1000 Tahun (Mahu Hidup)
- Sara Bareilles - Love Song
- Malaysian Artistes for Unity - Here In My Home (sori kalau banyak yang mainstream. Taste saya agak teruk)
- Asal ni?/Asal ah? (Weh, ko agak jambu.. asal ni?/Dia tu agak jambu, asal ah?)
- (ayat)...lah, Gila! (Sebab dia memang jambulah, gila!)
- Chup! (Eh, chup! Chup! Bukan dulu dia tak jambu ke? Fuck lah, asal ah?)
- Bodohlah .. kot? (Bodohlah, semua orang dah lama tahu yang dia memang jambu kot?)
- ... doh. (Tak doh, selama ni dia tak jambu doh, sumpah tak tipu. Betul doh, ye doh)
- Ye? -- 'e' ditekan menaik (Ye? Serieees? Entahlah, ye kot. Mana aku nak perasan dia jambu ke tak, gila!)
- Habis cane?/So..cane?/Cane ah? (Alamak.. habis cane?/So..cane?/Cane ah?)
Tak ikut turutan,
- Duit.
- Wallet dan handphone.
- Kunci kereta, kereta dan Touch'n'Go.
- Rumah, family dan member-member.
- Kepala otak dan buah fikiran.
- Perasaan.
- Nyawa.
- Pergi ke KL menaiki tren komuter dan LRT dengan member-member. Alah, melepak. Tapi sekarang ni haram nak buat benda ni -- tau-tau semua dah lesap. Seekor kat Pavilion, seekor kat Central Market, seekor kat OU, seekor lagi kat Hartamas. Siot.
- Berkayak. Er, bukan pengalaman yang manis, seingat saya.
- Menyanyi depan khalayak ramai yang memang sumpah saya tak nak buat lagi dah.
- Minum espresso shot macam minum air teh, sirup sikit-sikit. Tak lama lepas tu baru lah saya sedar yang tindakan tu menyerlahkan ketololan saya.
- Mengisi minyak. Kami (watak-watak dirahsiakan) dipercayai balik terus ke rumah sebab berbau minyak.
- Tercicir Touch'n'Go ke atas lorong plaza tol masa ramai orang. Alangkah cuaknya.
- Terjatuhkan motor-motor delivery McD Seksyen 9 masa nak reverse keluar parking masa buka puasa tahun lepas. Ini satu-satunya collision yang saya pernah kena. Saya dilaporkan telah buat-buat tak malu.
Dengan rawaknya,
- Eireen.
- Rashaad.
- Joyce.
- Liyana Aziz.
- Meuy
- AB
- Chakra
p/s: Selamat menyambut musim 'menuai' kepada semua wedding photographer kat seluruh negara. Musim duit masuk beb.
Tengah dengar: Sara Bareilles - Bottle It Up
8 comments:
haha this is fun to read.
dlm draft u mesti banyak lg spesies-spesies mcm ni! kot!
posto kamu pada kali ini sememangnya kelakar untuk dibaca.
diharap lebih banyak posto yang menarik akan ditaip dalam masa akan datang.
hey syukri! terima kasih kerana membalas tagging di atas haha.
oh anyway..
'Terjatuhkan motor-motor delivery McD Seksyen 9 masa nak reverse keluar parking masa buka puasa tahun lepas'
>> this one kelakar k. mesti u cuak pastu haha
aahhh shieettt. this tag is susahhhhhhh!
why syukri whyyyyyyyy.
hahahhaa. i cuakk kot! nasib baik brader tu semua okay je. org dah la ramai. sumpah lps tu i tak pegi mcd 9 lama jugak ah
Tarantula adalah binatang yang membencikan.
Ayat ini tak betul sebenarnya,Syukri.Salah penggunaan tatabahasa.Kenapa,dah lama sangat tinggal SPM?Dah lupa Bahasa Melayu?
Eh,bila pergi Umrah?
terharu weei... aku manusia 'bertuah' selaku pemegang nombor satu dalam carta SIAPEKAH YANG DITAG oleh SYUKRI.
masam la prangai lu. waaak lu!
cis kau joyah! :P
Post a Comment